Search This Blog

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SAYA BAGI PIHAK TAMAN ARNAB SMK LINGGIU, MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA YANG MELAWAT TAMAN ARNAB KAMI. SECARA BLOG ATAU DATANG KE SINI. KAMI SEBENARNYA MASIH BANYAK BELAJAR DALAM TERNAKAN ARNAB INI. TAHUN 201O YANG LALU , MASIH BANYAK KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN ARNAB. BANYAK YANG LAHIR DAN BANYAK JUGA YANG MATI KERANA KESILAPAN TEKNIKAL . SEMOGA DENGAN BANTUAN RAKAN2 YANG LAIN DAPAT DIGUNAKAN UNTUK MEMAJUKAN LAGI TAMAN KAMI.

WARGA BARU ARNAB LINGGIU



ANAK ARNAB BARU YANG BARU DIBELI, UNTUK DIJADIKAN BAKA. ARNAB INI DARI BAKA REX. NIAT HATI NAK BELI YANG BESAR TAPI HARGANYA SANGAT MAHAL. ARNAB INI TAK NAMPAK MAHAL JIKA DILIHAT DENGAN MATA KASAR. TAPI DAPAT DINILAI JIKA DIPEGANG. ANAK ARNAB YANG PALING MAHAL DI SMK LINGGIU RABBIT FARM. UMURNYA HAMPIR 2 BULAN. JANTINA . SEDANG MENCARI YANG BETINA PULA

Friday, October 22, 2010

Wednesday, October 6, 2010

AKTIVITI SAJE-SAJE..

MSKPP PING PONG 2010 DI
SJKC PEI HWA..

release tension sebelum game bermula..

bergambar dengan master ping pong ( En Rezuan )

DI TEPI SUNGAI JOHOR, KOTA TINGGI..
( depan SJKC Pei Hwa )

BERMAIN DI TAMAN KAK MAS...(tumpang taman KAK MAS)



ANAK ARNAB UNTUK DI JUAL....


RM 50.00 ( SEEKOR )

RM 25.00 ( SEEKOR )






RM 25.00 ( SEEKOR )



RM 50.00 ( SEEKOR )

ARNAB-ARNAB DI TAMAN ARNAB SMK LINGGIU

 KUMPULAN ARNAB DARI KELAHIRAN PERTAMA DAN KEDUA YANG TELAH BERUMUR 1 1/2 BULAN
 DI TAMAN PERMAINAN










Tuesday, October 5, 2010

KELAHIRAN KEDUA TAMAN ARNAB

KELAHIRAN KALI KEDUA INI SEBENARNYA ADALAH KELAHIRAN YANG TIDAK DIJANGKA KERANA ARNAB BETINA INI SANGAT GARANG BILA DIMASUKKAN KE DALAM SANGKAR JANTAN. ALHAMDULILLAH PADA 19/8/2010 IA TELAH BERANAKKAN ANAK SEBANYAK 5 EKOR.
 ARNAB ANGGORA TEMPATAN(DOE)
 MIX-(BUCK)

5 EKOR ANAK ARNAB YANG BERUSIA 1 HARI

KELAHIRAN ARNAB YANG PERTAMA DI TAMAN ARNAB SMK LINGGIU


PADA 17/8/2010 KELAHIRAN PERTAMA ARNAB . ARNAB BAKA TEMPATAN INI TELAH DI KAHWINKAN PADA 17/7/2010 DENGAN ARNAB JANTAN BAKA CHINCILLA. ANAK YANG TELAH LAHIR ADALAH SEBANYAK 9 EKOR.
 ARNAB JANTAN (BUCK)- CHINCILLA
ARNAB BETINA(DOE)-BAKA TEMPATAN

Baka arnab

Baka arnab dibahagikan kepada 3 iaitu baka pendaging,baka bulu dan baka hiasan.
Baka pedaging telah dibiakkan atas ciri pertumbuhan dan capaian saiz yang cepat, meat ratio yang tinggi, tahap kesuburan yang tinggi. contohnya New Zealand White, California, American Giant Chincilla.

Baka bulu pula adalah baka yang dihasilkan atas tujuan untuk mendapatkan “wool” atau “pelt”. Antara baka yang terhasil ialah Giant Angora yang dapat menghasilkan wool yang byk sepanjang tahun & Rex yang menghasilkan pelt seakan baldu.

Semua baka diatas boleh dijadikan pet, akan tetapi terdapat baka yang sememangnya dihasilkan khas untuk tujuan pet/Hiasan.
Baka hiasan kurang sesuai dijadikan pedaging kerana capaian saiz yang lambat, bone ratio yg tinggi, lambat matang. Antara baka pet yang kita ketahui ialah Netherland Dwarf, Holland Lop, Thrianta, Lionhead etc.

CARA MUDAH MENTERNAK ARNAB

BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH MENTERNAK ARNAB ?
Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga.
Sebeium menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehiah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.
Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,
1.      buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
2.      Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebihkurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
3.      Sumber air minuman yang bersih dan segar.
4.      Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
5.      5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
6.      1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.
Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport.




BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?



Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
Masa mengawan antara 1-5 minft sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
Lakukan waktu proses mengawan amab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.
  • KEKERAPAN MENGAWAN
BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh dftingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.
Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor penjantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.
  • KAHWIN SELANJUTNYA
BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?
Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
Dalam pentemakan amab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikhawinkan semula.
  • MENINGGIKAN KEBERNASAN
BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan lalah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengavvan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertarna. iaitu pada waktu petang.
  • TEMPOH BUNTING
BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?
Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar amab tersebut. Tujuannya adalah supaya amab tersebut dapat menyesualkan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan digangu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
  • BUNTING PALSU
BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting paisu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan in! dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.
  • ANAK ARNAB
BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak amab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
  • MASA MENYUSU ANAK
BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekaii atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
  • IBU ANGKAT
APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?
Sekiranya bilangan anak melebehi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu dftandakan dengan warna pada bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu blasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.
  • CERAI SUSU
BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak amab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak amab berumur 1 bulan.
Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaku sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka heridaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatik dari masa kesemasa.
Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak amab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.
Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak amab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak amab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan seiama 30-45 hari lagi.